Sunday, October 25, 2015

TESCO

Balik dinner di Jeti Kong Kong, aku, Atikah, Lina dan kak Aishah pergi ke Tesco untuk membeli barang buat sandwich untuk esok hari. Bila tiba di tesco, aku berdoa  sesungguh-sungguhnya dalam hati supaya dapat terserempak dengan AO sebab aku dah lama sangat tak nampak dia. Tapi biasalah, bila perempuan dan kawan2nya masuk ke tempat shopping, memang akan leka seketika, dan diwaktu aku leka, kak Aishah tiba2 sebut nama AO, aku dalam hati dah kenapa kakak ni tiba2 sebut nama AO..(sebab anything pasal AO, aku cuma share dengan Allah, dan Atikah sahaja) rupa-rupanya dari sisi aku, dengan tshirt putih, dia lalu bersahaja sambil menyeret bakul troli. AO cakap apa entah dengan Lina. Aku nampak AO senyum dan cuba berbual juga, tapi apa aku buat?

Aku tergamam. kaku.

Hati tak sudah2 bersyukur. Allah...terima kasih
Terima kasih Allah dengar doaku untuk yang kali ini
wajah dia, wajah AO
walau hanya untuk beberapa ketika
Allah izinkan aku bertentang mata
dengan wajah yang sungguh aku rindu itu

Allah...terima kasih...


Balik rumah, baru aku tahu, kak Aishah cakap, dia dengar AO sebut "eh, Adah" 
Huwaaaaaaa!!! ya Allah...AO ingat nama aku <3
Lepas tu, kak Aishah cakap, dia perasan dalam bakul AO pun ade air laici. Taste AO sama la dengan Adah ^^, (memang sebelum tu aku duk bebel2, nak air laici..,siapa sangka AO pun suka..huhuhuhu)



Allah, izinkan AO jadi imam untukku, boleh?

AO

Alhamdullilah,
Segala puji bagi Allah yang telah mengaturkan segalanya dengan sebaik-baik aturan.


Cuti sem yang lepas, sebulan sebelum naik semester 4, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, aku memulakan kerja sebagai guru ganti disebuah sekolah berasrama penuh (bukan dibawah KPM) . Hari pertama, aku seperti ingin menelefon dan mengatakan aku tak jadi nak datang sebab aku betul-betul seram nak ajar budak-budak pandai ni. Tapi aku cekalkan hati, dan mengingatkan diri yang kalau kita nak maju kehadapan, kita kena sentiasa mencuba untuk keluar dari zon selesa kita. Jadi, menerima tawaran untuk bekerja disana, walaupun hanya sementara, mungkin idea yang baik sebab secara tak langsung, aku akan jadi sibuk dan tak bersedih hati lagi. Alhamdulillah..tawaran itu datang bukan sekadar idea yang baik, malah peluang terbaik yang pernah aku dapat.

Pertamanya, aku belajar sistem selain KPM.
Kedua, aku belajar mengenai IGSE
Ketiga, aku berkenalan dengan superior2 yang hebat2 tapi sangat humble dan sentiasa penuh dengan kata2 semangat, baik hati dan selalu beri tunjuk ajar
Keempat, rakan2 sekerja di Jabatan Bahasa sangat awesome!
Kelima, rakan2 jabatan lain sangat friendly terutamanya Jabatan Matematik
Keenam, dapat anak2 Homeroom! Sayang gila kat diorang
Ketujuh, aku jumpa dia... Hadiah dari Tuhan

Serius aku datang kerana ingin berkhidmat dan komited 100% dengan kerja, taknak fikir lain. Tapi siapa tahu...kita hanya merancang kan..Bila mula kerja, hidup aku memang tangled dengan kerja sahaja. Takde la nak fikir apa2 selain kerja. Sehingga suatu hari, aku sedang berjalan ingin ke UPPM untuk menghantar kertas2 peperiksaan setelah usai menjaga peperiksaan. Tengah berjalan tu, aku nampak dia tengok aku. Tengok tepat pada aku, tak berkelip, tak berganjak. Aku tak pernah nampak dia. Sebagai perempuan, mestilah aku tertanya-tanya apa salah aku sampai tengok aku macam tu sekali. Aku rasa dia tengok aku dari aku mula berjalan kearah dia hingga aku melewati dia, dan dia ikut aku dibelakang dan sama2 hantar kertas peperiksaan ke UPPM. Masa tu aku memang rasa pelik dan tertanya-tanya, senget sangat ke tudung aku sampai tengok aku macam tu sekali +_+!
Naik ke staffroom, aku bertanya kepada rakan baik aku, siapa dia tu, dan kawan aku cakap, owh, itu cikgu Biologi, AO nama dia. Punyalah aku selalu lalu lalang depan meja dia, tak pernah nampak dia. Oblivious orang putih cakap. Yela, datang nak kerja kan, mestila nampak kerja ke. Tapi bila da jumpa dia, takde la bermaksud aku dah tak serius kerja.. Tiba2, bila dia buat macam tu, terus sejak hari itu, antara fokus aku, ialah dia, AO yang ku anggap hadiah dari Tuhan.
Kenapa aku cakap AO ialah hadiah dari Tuhan untuk aku?
Sebab, lima tahun lepas, setelah En.H pergi, aku mengadu pada Allah betapa sedihnya aku kehilangan En.H. Aku tanya Allah, mana lagi aku nak jumpa orang single yang soft spoken, baik, taat orang tua, tak merokok dan segala serba serbi aku kira cukup jadi pelengkap hidup aku walaupun akhirnya En.H angkat kaki tinggalkan aku macam tu je... Aku betul2 frust masa tu, dan akhirnya Allah hadirkan AO depan mata aku. Sebagai bukti kehebatan Dia yang Maha Agung. Betapa Allah sayang kat aku, Dia pujuk hati aku dengan menunjukkan apa yang aku cari itu..ada, dan Insya Allah aku akan jumpa bila Dia fikir aku bersedia. Dan bila aku jumpa AO, sungguh AO adalah bukti Allah maha Hebat dalam aturan dan rancanganNya.
Sejak itu, aku berdoa, AO bukan sekadar hanya satu moment, tapi untuk selamanya ada untuk aku selagi Allah izinkan. Memenangi hati AO, segalanya aku serahkan pada Allah. Memang 100% aku berharap Allah izinkan AO sebagai imam dalam hidup ini. Tapi sekalipun andai bukan AO, aku pasti Allah ada yang terbaik untuk aku.
Aku tak pernah ambil langkah apa2 untuk memenangi hati AO, sebab aku takut aku frust dan malukan diri lagi. Cuma kali ini, segalanya aku pulangkan balik pada Allah. Hati aku milik Allah, hati AO juga milik Dia. Aku hanya berdoa semampu aku, jika aku dan AO memang ditakdirkan untuk saling melengkapkan, biarlah ia berlaku dalam rahmat dan kasih sayang Dia. Allah...Dia sahaja yang tau ribut hati ini.



AO, dia istimewa sebab dia ialah Hadiah dari Tuhan untuk aku. 






Update: 2113hrs/6May2016

Maigadddd, bila baca balik post kat atas, rasa cheesy betol! hahahaha...AO tengok sekali jaaa, ko punya tangkap perasan, jemah sangat! T_T orang baik kan, mesti cepat je kita suka. Aku tak nak padam apa yang aku da tulis kat atas tu, biar la jadi satu peringatan untuk aku, yang bukan semua yang kita nak, kita dapat. Aku doa yang terbaik untuk kami, selalu...insya Allah.. Dan aku nak ingatkan pada diri, insya Allah, kasih sayang Allah tu sangat infiniti, Dia dah tunjuk keagungan Dia dalam merencanakan urusan hidup aku. Aku pasti, Dia sebaik-baik perancang, terima kasih Allah.