kisah kalau tersirat di hati
dan tersurat pula di azali
ini kisah apa aku impi
dan mungkin apa yang aku akan jadi
ku mohon pada hebatmu Ya Rabbi
Angan ini angan lama dan baruku
ku galas angan ini pada mana tempat kutuju
aku perempuan yang mahu pegang bahagia
ada panas dan hujan, ada pagi dan malam
Aku amat ingin menjadi perempuan semalam
mahu selepas sembahyangku ada tangan untuk disalam
mahu bila makanku ada orang temankan
mahu bila tidurku tiada lagi ketakutan
pada sesiapapun orang yang masih kucari
sebenarnya aku ini setianya tiada terperi
akan di ucap selalu kalimah ini dalam hati
bahawa aku harap..amat berharap Ilahi
berbisik di setiap subuh dinihari
panjangkanlah nyawaku
bahagiakanlah aku
berilah dia terus singgah dalam mimpi indah
salam tangan lelaki itu akan kusambut dan kutadah
pada kalimah syukur Alhamdulillah...
-taken n edited from Adifstory-


No comments:
Post a Comment