Alhamdullilah,
Segala puji bagi Allah
yang telah mengaturkan segalanya dengan sebaik-baik aturan.
Cuti sem yang lepas,
sebulan sebelum naik semester 4, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, aku
memulakan kerja sebagai guru ganti disebuah sekolah berasrama penuh (bukan
dibawah KPM) . Hari pertama, aku seperti ingin menelefon dan mengatakan aku tak
jadi nak datang sebab aku betul-betul seram nak ajar budak-budak pandai ni.
Tapi aku cekalkan hati, dan mengingatkan diri yang kalau kita nak maju
kehadapan, kita kena sentiasa mencuba untuk keluar dari zon selesa kita. Jadi,
menerima tawaran untuk bekerja disana, walaupun hanya sementara, mungkin idea
yang baik sebab secara tak langsung, aku akan jadi sibuk dan tak bersedih hati
lagi. Alhamdulillah..tawaran itu datang bukan sekadar idea yang baik, malah
peluang terbaik yang pernah aku dapat.
Pertamanya, aku belajar
sistem selain KPM.
Kedua, aku belajar
mengenai IGSE
Ketiga, aku berkenalan
dengan superior2 yang hebat2 tapi sangat humble dan sentiasa penuh dengan kata2
semangat, baik hati dan selalu beri tunjuk ajar
Keempat, rakan2 sekerja
di Jabatan Bahasa sangat awesome!
Kelima, rakan2 jabatan
lain sangat friendly terutamanya Jabatan Matematik
Keenam, dapat anak2
Homeroom! Sayang gila kat diorang
Ketujuh, aku jumpa
dia... Hadiah dari Tuhan
Serius aku datang kerana
ingin berkhidmat dan komited 100% dengan kerja, taknak fikir lain. Tapi siapa
tahu...kita hanya merancang kan..Bila mula kerja, hidup aku memang tangled
dengan kerja sahaja. Takde la nak fikir apa2 selain kerja. Sehingga suatu hari,
aku sedang berjalan ingin ke UPPM untuk menghantar kertas2 peperiksaan setelah
usai menjaga peperiksaan. Tengah berjalan tu, aku nampak dia tengok aku. Tengok
tepat pada aku, tak berkelip, tak berganjak. Aku tak pernah nampak dia. Sebagai
perempuan, mestilah aku tertanya-tanya apa salah aku sampai tengok aku macam tu
sekali. Aku rasa dia tengok aku dari aku mula berjalan kearah dia hingga aku
melewati dia, dan dia ikut aku dibelakang dan sama2 hantar kertas peperiksaan
ke UPPM. Masa tu aku memang rasa pelik dan tertanya-tanya, senget sangat ke
tudung aku sampai tengok aku macam tu sekali +_+!
Naik ke staffroom, aku
bertanya kepada rakan baik aku, siapa dia tu, dan kawan aku cakap, owh, itu
cikgu Biologi, AO nama dia. Punyalah aku selalu lalu lalang depan meja dia, tak
pernah nampak dia. Oblivious orang putih cakap. Yela, datang nak kerja kan,
mestila nampak kerja ke. Tapi bila da
jumpa dia, takde la bermaksud aku dah tak serius kerja.. Tiba2, bila dia buat macam tu, terus sejak hari itu,
antara fokus aku, ialah dia, AO yang ku anggap hadiah dari Tuhan.
Kenapa aku cakap AO
ialah hadiah dari Tuhan untuk aku?
Sebab, lima tahun
lepas, setelah En.H pergi, aku mengadu pada Allah betapa sedihnya aku
kehilangan En.H. Aku tanya Allah, mana lagi aku nak jumpa orang single yang
soft spoken, baik, taat orang tua, tak merokok dan segala serba serbi aku kira
cukup jadi pelengkap hidup aku walaupun
akhirnya En.H angkat kaki tinggalkan aku macam tu je... Aku betul2 frust masa tu, dan akhirnya Allah
hadirkan AO depan mata aku. Sebagai bukti kehebatan Dia yang Maha Agung. Betapa
Allah sayang kat aku, Dia pujuk hati aku dengan menunjukkan apa yang aku cari
itu..ada, dan Insya Allah aku akan jumpa bila Dia fikir aku bersedia. Dan bila
aku jumpa AO, sungguh AO adalah bukti Allah maha Hebat dalam aturan dan
rancanganNya.
Sejak itu, aku berdoa,
AO bukan sekadar hanya satu moment, tapi untuk selamanya ada untuk aku selagi
Allah izinkan. Memenangi hati AO, segalanya aku serahkan pada Allah. Memang 100%
aku berharap Allah izinkan AO sebagai imam dalam hidup ini. Tapi sekalipun
andai bukan AO, aku pasti Allah ada yang terbaik untuk aku.
Aku tak pernah ambil
langkah apa2 untuk memenangi hati AO, sebab aku takut aku frust dan malukan
diri lagi. Cuma kali ini, segalanya aku pulangkan balik pada Allah. Hati aku
milik Allah, hati AO juga milik Dia. Aku hanya berdoa semampu aku, jika aku dan
AO memang ditakdirkan untuk saling melengkapkan, biarlah ia berlaku dalam
rahmat dan kasih sayang Dia. Allah...Dia sahaja yang tau ribut hati ini.
AO, dia istimewa sebab
dia ialah Hadiah dari Tuhan untuk aku.
Update: 2113hrs/6May2016
Maigadddd, bila baca balik post kat atas, rasa cheesy betol! hahahaha...AO tengok sekali jaaa, ko punya tangkap perasan, jemah sangat! T_T orang baik kan, mesti cepat je kita suka. Aku tak nak padam apa yang aku da tulis kat atas tu, biar la jadi satu peringatan untuk aku, yang bukan semua yang kita nak, kita dapat. Aku doa yang terbaik untuk kami, selalu...insya Allah.. Dan aku nak ingatkan pada diri, insya Allah, kasih sayang Allah tu sangat infiniti, Dia dah tunjuk keagungan Dia dalam merencanakan urusan hidup aku. Aku pasti, Dia sebaik-baik perancang, terima kasih Allah.