Wednesday, July 1, 2015

Review 2015

Assalamualaikum...

Study in Southern Malaysia

Mak aih....dah tujuh bulan kena tinggal, kesian betul blog ni...tapi takpe la, aku sorang je yang baca lagipun... taktaula nak rasa sedih ke gembira ke macam mana.. Hurm, last entry ceritanya aku stuck buat proposal kan? haaa, memang fail lepas tu sebab tak pegi present. Subjek seminar yang aku drop susah payah tu pun dapat fail sebab orang lain tak buat kerja. Padahal aku dah isi borang dan ikut prosedur untuk drop subjek semua. Masa tau tu nak nangis rasa sebab tak pasal2 pointer aku jadi 2.67. Harap-harap, aku dapat la naikkan sampai 3.00 balik. Kalau tak, masak la aku T_T

Tapi, insya Allah, selagi ada daya kita kena usahakan. Jadi sem 3 yang lepas, aku amik balik Research Method dan Alhamdulillah berjaya bentangkan proposal dan dapat feedback yang baik dari lecturer2 yang menilai. So far, final result tak keluar lagi, tapi aku harap, dapat la menebus balik apa yang tertinggal.

2014-2015-2016

Insya Allah, aku plan hujung tahun 2016 habis buat Master, tapi andai ada rezeki, mudah-mudahan dapat la habiskan lagi awal..amin...

Timeline

end of 2011: Grad dari UNISEL

2012:Sepang-KUMON-private tutor-CS Int Business Unit Nationwide

2012-May 2013: UiTM Shah Alam 

2013-Feb 2014: Lecturer at OC

2012-Feb 2014: Dua tahun aku sia-siakan umur aku. Entah apa yang merasuk dalam diri. Aku dah tak bermotivasi, dah tak kisah assignment hantar ke tidak, lali kena marah dan pandangan pelik dan jelik orang pada aku. Sungguh aku pun keliru kenapa aku tidak berperasaan langsung. Aku diam2 berhenti uitm. kesian baba dan mama, buruk sungguh perangai aku. Sampai bila aku balik sini, perangai buruk tu lekat lagi, ada banyak faktor yang menyumbang sebenarnya, seperti seakan aku ada konflik dengan diri sendiri. Sehingga hari ini, aku masih cuba belajar memahami diri sendiri. Orang luar nampak aku normal, tapi sungguh hanya tuhan saja yang tau betapa kusutnya hidup aku.

Aku tak mahu mengalah dengan sia-sia. Aku nak hadiahkan segulung ijazah sekali lagi buat baba dan mama. Aku kena kuat dan tabah. Aku kena rajin. Mesti berusaha dan doa pada Allah banyak2. Jangan skip sembahyang. Sembahyang bukan beban, sembahyang untuk ringankan beban, ikhlas, lillahitaala...

Kawan-kawan yang saing aku buat master kat uitm dulu, hampir semua dapat job dari UiTM. Dah mula berkhidmat pun. Tipu kalau aku kata aku tak cemburu, tipu kalau aku kata aku tak menyesal. Lagi dua tahun nak masuk three series, tapi aku tak dapat apa2 kerja lagi. Tapi, aku yakin, rezeki Allah bagi melimpah ruah. Sekarang, aku hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh sahaja. Moga ada keberkatan dalam setiap yang aku tempuh. Insya Allah..

Allah, aku hambaMu yakin dengan setiap yang telah Kau aturkan untukku.
Allah, hambaMu yang hina ini memohon, agar KAu mudahkan setiap perjalananku,
Allah, aku memohon kekuatan untuk hadapi setiap satu cabaran yang menunggu.
Allah, hanya padaMu, aku memohon segala setiap sesuatu,
Kerana hanya Engkau, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Amin...











No comments:

Post a Comment