Saturday, December 20, 2014

Stuck!

Phewww....lamanya tak jenguk blog ni. Bila stuck, takde idea nak buat proposal, baru la teringat kat blog ni. Tangan dah gatal nak menulis karangan 15 mukasurat, tapi idea takde. Presentation esok pulak tu, pukul 11 pagi. Haihhla...tak tau apa nak jadi T_T I am totally in a mess right now. Tapi orang kata selagi belum masanya, kita kena berusaha habis-habisan kan. Apa-apa hal pun, bagi la I chance melepas rindu kat blog ni, walaupun takde sape nak baca..hewhewhew...

Pernah tak anda semua stuck pada satu posisi pada waktu yang sangat lama? seolah-olah anda tak mampu nak maju kedepan. Saya la tu...saya tengah mengalaminya dan benda ni start kalau tak silap sejak tahun 2012. Yep..hampir dua tahun. Kadang-kadang rasa dah boleh maju walau setapak, tapi kemudian saya tetap rasa saya masih di takuk lama. Pulak tu kawan2 dah kahwin, beranak-pinak, kerjaya bagus, melancong sana sini, lagi la saya macam fikir, apa la nak jadi dengan hidup saya ni.

Saya harap tuhan masih sayang saya dan tunjukkan saya jalan yang lurus dan tidak menyesatkan. . . .






Monday, August 18, 2014

Mati itu pasti

Aku drive, mak aku duduk sebelah aku, penumpang setia kalau aku kemana-mana.
Traffic light bertukar dari hijau ke merah dan aku akur untuk berhenti seketika.
Fikiran ku menerawang...

Nanti di Padang Mahsyar, aku cuma ada diri aku.
Ustaz dan ustazah aku kata masa tu, semua orang hanya fikir diri masing-masing.
Entah kenapa aku jadi sebak bila fikir.

Nanti bila selesai urusan di Padang Mahsyar, 
aku dapat jumpa balik tak mama yang aku sayang?
aku dapat jumpa balik tak baba yang aku kasih?
aku dapat jumpa balik tak adik-adik aku, atok, keluarga aku,kawan-kawan rapat?

Tuhan sungguh aku hanya hamba yang hina...

Lampu bertukar hijau kembali dan mama lembut berkata "Long jalan, lampu dah hijau.."

Hidup memang satu perjalanan, semoga akhirnya yang baik-baik sahaja, untuk aku dan semua.






Friday, August 15, 2014

Jaki beno ko eh!

Pak Jaki sebelah rumah? Jaki housemate Atan? Jaki kwn main badminton? Nope...jaki ialah satu perasaan yang sinonim dengan dengki. Baru-baru ni aku sibuk plan short gateway untuk kesayangan sempena ulangtahun 10 tahun perjanjian bersama kitaorang, cewahhh! Pahtu aku pun update status kat FB meluahkan kekecewaan sebab weekend kitaorg xsama..ada yang weekend jumaat sabtu, ada yang lain sabtu ahad...ada yang lagi syahdu, ahad je cuti T_T Jadi plan macam mana pun tetap tak kena..rasa nak nangis sebab 10 tahun tu sentimental value. Macam nak memperbaharui perjanjian gitu...hehehe.. 

Dah la mak Jemah ni tengah kecewa lagi frust..dan2 pulak ade kawan sorang tu (kawan ke?tetttt) sibuk hapload balik percutian dia dengan geng dia...eh...berbulu mak jemah ok...nak cari pasal ke ape....sifat orang dengki macam tu la...menyakitkan hati je..seb baik kesayangan aku semua positive thinking. Jadi aku yang memang dah panas membara ni sejuk la sikit. Tak cukup hari ni, esok pulak, dia sambung hapload pahtu ckp nnt reuni sama2 lagi ke ape..gitu la...hamboiiii...mmg bako line. GERAM! 

Sudahnya aku fikir cara terbaik nak deal dengan orang camtu ialah BIARKAN JE..LANTAK LA! malas den nak layan...wat tambah dosa je.. memang mak jemah heran la...kot jaki benar dengan mak jemah. Apa la dosa mak jemah dah buat kat diaorang sampai ada je perkara nak menyakitkan hati.. Astaghfirullah... 




Moga kita semua dijauhkan dari sifat2 yang hanya menghumban kita ke neraka...nauzubillah...