Monday, August 18, 2014

Mati itu pasti

Aku drive, mak aku duduk sebelah aku, penumpang setia kalau aku kemana-mana.
Traffic light bertukar dari hijau ke merah dan aku akur untuk berhenti seketika.
Fikiran ku menerawang...

Nanti di Padang Mahsyar, aku cuma ada diri aku.
Ustaz dan ustazah aku kata masa tu, semua orang hanya fikir diri masing-masing.
Entah kenapa aku jadi sebak bila fikir.

Nanti bila selesai urusan di Padang Mahsyar, 
aku dapat jumpa balik tak mama yang aku sayang?
aku dapat jumpa balik tak baba yang aku kasih?
aku dapat jumpa balik tak adik-adik aku, atok, keluarga aku,kawan-kawan rapat?

Tuhan sungguh aku hanya hamba yang hina...

Lampu bertukar hijau kembali dan mama lembut berkata "Long jalan, lampu dah hijau.."

Hidup memang satu perjalanan, semoga akhirnya yang baik-baik sahaja, untuk aku dan semua.






No comments:

Post a Comment