Pak Jaki sebelah rumah? Jaki housemate Atan? Jaki kwn main badminton? Nope...jaki ialah satu perasaan yang sinonim dengan dengki. Baru-baru ni aku sibuk plan short gateway untuk kesayangan sempena ulangtahun 10 tahun perjanjian bersama kitaorang, cewahhh! Pahtu aku pun update status kat FB meluahkan kekecewaan sebab weekend kitaorg xsama..ada yang weekend jumaat sabtu, ada yang lain sabtu ahad...ada yang lagi syahdu, ahad je cuti T_T Jadi plan macam mana pun tetap tak kena..rasa nak nangis sebab 10 tahun tu sentimental value. Macam nak memperbaharui perjanjian gitu...hehehe..
Dah la mak Jemah ni tengah kecewa lagi frust..dan2 pulak ade kawan sorang tu (kawan ke?tetttt) sibuk hapload balik percutian dia dengan geng dia...eh...berbulu mak jemah ok...nak cari pasal ke ape....sifat orang dengki macam tu la...menyakitkan hati je..seb baik kesayangan aku semua positive thinking. Jadi aku yang memang dah panas membara ni sejuk la sikit. Tak cukup hari ni, esok pulak, dia sambung hapload pahtu ckp nnt reuni sama2 lagi ke ape..gitu la...hamboiiii...mmg bako line. GERAM!
Sudahnya aku fikir cara terbaik nak deal dengan orang camtu ialah BIARKAN JE..LANTAK LA! malas den nak layan...wat tambah dosa je.. memang mak jemah heran la...kot jaki benar dengan mak jemah. Apa la dosa mak jemah dah buat kat diaorang sampai ada je perkara nak menyakitkan hati.. Astaghfirullah...
Moga kita semua dijauhkan dari sifat2 yang hanya menghumban kita ke neraka...nauzubillah...



No comments:
Post a Comment